PH akur kelebihan BN di DUN Slim - Utusan Malaysia

PH akur kelebihan BN di DUN Slim

ABDUL AZIZ BARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Pakatan Harapan (PH) Perak akur dengan kelebihan Barisan Nasional (BN) di kerusi Dewan Undang Negeri (DUN) Slim yang memenangi pilihan raya umum empat penggal berturut-turut.

Ketua Pembangkang DUN Perak, Dr. Abdul Aziz Bari berkata, namun itu bukan alasan untuk PH mudah mengalah sebaliknya telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Slim.

“Kita akur Yang Berhormat berkenaan menang di situ empat penggal berturut-turut sejak 2004,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Ditanya sama ada PH menerima sebulat suara calon PKR bertanding pada PRK Slim, Abdul Aziz berkata, perkara itu belum dibincangkan.

“Kita yakin ada banyak isu yang perlu diketengahkan. Soal calon kita belum putuskan tetapi gerak kerja telah bermula,” katanya.

Sebelum ini, Pengerusi PKR negeri, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak mengeluarkan kenyataan untuk meletakkan calon dari parti itu pada PRK Slim susulan kematian penyandangnya, Datuk Khusairi Abdul Talib.

Khusairi meninggal dunia di Hospital Bentong, Pahang akibat serangan jantung pada 15 Julai lalu.

Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim menang kerusi DUN Slim empat penggal berturut-turut sejak tahun 2004.

Pada PRU-14, Khusairi menang dengan majoriti 2,183 undi menewaskan calon PKR, Mohd. Amran Ibrahim dan calon PAS, Zulfadli Zainal. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya