Permintaan lembu ‘sado’ meningkat - Utusan Malaysia

Permintaan lembu ‘sado’ meningkat

Baka lembu import yang semakin mendapat perhatian masyarakat tempatan dalam melakukan ibadah korban.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Permintaan terhadap lembu ‘sado’ atau baka import untuk ibadah korban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini me­ningkat meskipun harga ternakan itu lebih tinggi berban­ding lembu biasa.

Timbalan Pengerusi Persatuan Penternak Ruminan Terengganu, Mohd. Shahrir Mustapha @ Harun berkata, harga bagi ternakan tersebut boleh mencecah sehingga RM25,000 seekor bergantung kepada berat.

Katanya, dianggarkan sebanyak 100 ekor lembu sado ditempah untuk ibadah korban di Terengganu tahun ini berbanding 50 ekor tahun lalu.

“Harga lembu sado agak mahal, namun permintaan untuk ternakan baka import ini masih tinggi.

“Tahun lalu, harganya antara RM10,000 hingga RM15,000 seekor namun kini boleh mencecah sehingga RM25,000 seekor,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd. Shahrir berkata, selain aspek kemampuan pembeli, mutu daging lembu yang berkualiti tinggi dari baka import itu menyebabkan permintaan terhadap ternakan tersebut bertambah.

Malah katanya, saiz lembu yang besar menyebabkan peserta memilih ternakan berke­naan bagi melakukan ibadah korban agar lebih ramai golo­ngan asnaf dapat menikmati daging tersebut.

Katanya, diakui harga se­ekor lembu sado mahal namun nilai bagi setiap kilogram da­gingnya lebih murah berban­ding lembu biasa.

“Contohnya, bagi lembu kampung peserta menerima kira-kira 10 kilogram daging satu bahagian dan membayar harga antara RM600 hingga RM700 yang mana berat untuk satu kilogram itu dalam lingkungan RM60 ke RM70.

“Ini berbeza dengan lembu sado dengan berat 370 kilogram apabila harganya ha­nya sekitar RM40 sekilogram dengan peserta membayar kira-kira RM2,000 untuk satu bahagian daging seberat 50 kilogram,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya