Peningkatan caj ke RM5 munasabah - Utusan Malaysia

Peningkatan caj ke RM5 munasabah

KEMUDAHAN di hospital kerajaan yang daif perlu dipertingkatkan segera.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Nilai RM1 caj pesakit luar di hospital dan klinik kerajaan disifatkan terlalu rendah hingga boleh dianggap sebagai percuma.

Cadangan supaya caj itu di-tingkatkan bagi membolehkan kerajaan mengumpul dana mencukupi untuk membaik pulih dan menyelenggara hospital yang daif dianggap munasabah oleh beberapa persatuan pengguna.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, bayaran rendah sebegitu menyebabkan sesetengah pesakit tidak menghargai perkhidmatan yang diberikan.

Katanya, pihak PPIM pernah menerima aduan tentang ubat-ubatan yang dibuang dan dibazirkan oleh pesakit mungkin kerana diperoleh dengan harga yang sangat murah.

“RM1 ini macam tak ada (harga) langsung. Dan ia buat orang tidak hargai (perkhidmatan), ada yang buang dan tak makan ubat.

“Bagi yang tak ada duit, kita boleh minta mereka buat permohonan, isikan butiran dan kalau memang tak ada duit kita bagi percuma pun tak apa. Yang ada duit ini, kita boleh naikkan caj tapi jangan mahal sangat,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Kelmarin akhbar ini mela­porkan terdapat sekurang-ku­rangnya 46 hospital daif di seluruh negara yang perlu dibaik pulih.

Perkara tersebut disahkan bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad yang turut bersetuju dengan cadangan menaikkan caj pesakit luar dari RM1 kepada RM5 untuk menampung kos baik pulih hospital-hospital tersebut.

Sementara itu, Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Prof. Datuk Dr. Marimuthu Nadason berkata, kenaikan caj tersebut adalah munasabah namun kerajaan perlu memastikan hasil kutipan caj tersebut digunakan untuk menaik taraf fasiliti kesihatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya