Pengunjung pusat urut antara 186 ditahan ingkar PKPP - Utusan Malaysia

Pengunjung pusat urut antara 186 ditahan ingkar PKPP

Ismail Sabri
ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Polis menahan 186 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) termasuk dua kes membabitkan aktiviti pusat urut tidak berlesen, semalam. 

Daripada jumlah itu, seramai 41 individu telah direman manakala tiga individu dijamin.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, seramai 142 individu pula dikenakan kompaun. 

“Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk aktiviti pusat urut tanpa lesen sebanyak dua kes, aktiviti yang tidak mengikuti prosedur operasi standard (SOP)(59 kes), aktiviti dengan melibatkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan sosial (124 kes) dan langgar perintah pengawasan sebanyak satu kes,” katanya dalam laporan harian terkini Perintah Kawalan Pergerakan, di sini hari ini.

Tambah Ismail Sabri, Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis telah membuat 60,038 pemeriksaan semalam bagi memantau dan menguat kuasa pematuhan SOP PKPP.

Katanya, sebanyak 2,665 Pasukan Pematuhan yang melibatkan 12,262 anggota telah membuat pemantauan di 4,066 pasar raya, 5,778 restoran serta 1,230 penjaja, 1,319 kilang, 3,755 bank dan 819 pejabat kerajaan. 

“Juga dipantau, sebanyak 1,191 terminal pengangkutan darat, 146 terminal pengangkutan air serta 54 terminal pengangkutan udara,” ujarnya. 

Tambah Ismail Sabri, Polis juga melakukan 1,942 pemeriksaan terhadap individu yang sedang menjalankan kuarantin wajib 14 hari di kediaman masing-masing. 

Katanya, polis bersama-sama petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan sentiasa membuat pemeriksaan dan pemantauan terhadap individu-individu terbabit bagi memastikan SOP dipatuhi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya