Penganggur mengaku tidak bersalah muat naik komen jelik terhadap Sultan Selangor - Utusan Malaysia

Penganggur mengaku tidak bersalah muat naik komen jelik terhadap Sultan Selangor

cabul
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan memuat naik komen jelik terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dua tahun lalu.

Muhammad Hariz Saleh,28, selaku Orang Kena Saman membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim Rofiah Mohamad selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Bagi kedua-dua pertuduhan, Muhammad Hariz didakwa secara sedar memulakan penghantaran komunikasi jelik dengan memuat naik dua komen menghina Sultan Selangor menerusi laman sosial Facebook miliknya.

Komen jelik itu dibaca di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor pada 22 Mac 2018 pada pukul 10.59 pagi.

Dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 233(1)(a)  Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233 (3) akta yang sama.

Jika disabit bersalah, Muhammad Hariz boleh denda maksimum RM50,000 dan penjara maksimum setahun atau kedua-duanya sekali bagi setiap pertuduhan.

Kes dikendalikan, Timbalan Pendakwa Raya, Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM), Norhani Mohamad Adzhar.

Muhammad Hariz  juga menolak untuk melantik peguam seperti yang dicadangkan oleh Rofiah.

Rofiah menetapkan 24 Ogos hadapan sebagai tarikh sebutan penyerahan dokumen.-UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya