Pekerja Malaysia di Singapura mohon moratorium dilanjut - Utusan Malaysia

Pekerja Malaysia di Singapura mohon moratorium dilanjut

Wakil pekerja di Singapura, S. Dayalan menyerahkan memorandum kepada penasihat khas Menteri Besar Johor, K. Ravinkumar di pekarangan Pejabat Menteri Besar Johor di sini hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Sekumpulan pekerja Malaysia di Singapura memohon kerajaan melanjutkan tempoh moratarium pinjaman bank kerana mereka belum bekerja ekoran pintu sempadan tutup sejak Mac lalu.

Wakil kumpulan pekerja tersebut, S. Dayalan berkata, mereka dalam kalangan 400 pekerja kini menghadapi masalah kewangan kerana diminta mengambil cuti tanpa gaji dan mungkin bakal dihentikan kerja.

Katanya, pihaknya bukan sengaja mengelakkan membayar hutang sebaliknya tidak mampu membayar pinjaman kerana tiada gaji.

“Situasi pandemik Covid-19 di Malaysia dan Singapura tidak membolehkan kami berulang-alik antara dua dua negara sekali gus kami tidak ada gaji.

“Kami perlu mengutamakan keperluan seperti makan dan minum keluarga dan anak-anak,” katanya selepas menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar di sini semalam.

Terdahulu Dayalan, menyerahkan memorandum kepada Penasihat Khas Kepada Menteri Besar, K. Ravinkumar bagi mengadu nasib mereka.

Selain itu, menurut Dayalan lagi, menerusi memorandum tersebut juga pihaknya meminta kerajaan  mempertimbangkan lesen perniagaan sementara dan bantuan antara RM10,000 sehingga RM30,000 bagi membolehkan mereka menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan.

Katanya, pihaknya turut meminta kerajaan negeri dan  Persekutuan menawarkan pekerjaan sementara sepanjang pintu sempadan ditutup.

“Kami juga memohon kerajaan mengecualikan kos kuarantin di negara ini kerana di Singapura kami juga perlu membayar kos tersebut,” jelasnya. UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya