Pegawai pendidikan daerah didakwa terima suapan RM6,000 - Utusan Malaysia

Pegawai pendidikan daerah didakwa terima suapan RM6,000

FARIDAH DIN (tutup kepala) diiringi pegawai SPRM ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Seremban, atas tuduhan menerima rasuah hari ini.- UTUSAN/SYED AHMAD ZULKARNAIN SYED ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN:  Seorang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Daerah dihadapkan ke Mahkamah Seksyen di sini hari ini atas tuduhan menerima rasuah berjumlah RM6,000 daripada seorang ahli perniagaan pada 2016. 

Tertuduh Faridah Din, 54, mengaku tidak bersalah dihadapan Hakim Madihah Harullah. 

Mengikut kertas pertuduhan,  Faridah yang bertugas di Institut Perguruan Kampus Raja Melewar di sini, menerima wang RM6,000 daripada ahli perniagaan, Zainal Abidin.

Faridah ketika itu bertugas sebagai Penyelaras Program Tranformasi Minda manakala Zainal, 53, adalah pembekal makanan untuk program berkenaan. 

Kesalahan itu dilakukan di sebuah restoran di sini pada  6 April 2016 lebih kurang pukul 7.15 malam. 

Faridah didakwa mengikut Seksyen 165 yang boleh dihukum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. 

Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) , Zainab Yahya memohon tertuduh diikat jamin RM12,000 sementara menunggu perbicaraan. 

Bagaimanapun, peguam bela tertuduh, Datuk Hanif Hasan merayu ikat jamin dikurangkan dengan alasan tertuduh patuh terhadap jaminan SPRM sebelum ini. 

Madihah membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 24 Ogos ini untuk perbicaraan.  UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya