Orang dalam jadi dalang pemalsuan dokumen - Utusan Malaysia

Orang dalam jadi dalang pemalsuan dokumen

Baharuddin Tahir (tengah) menunjukan dokumen palsu dalam sidang akhbar di Johor Bahru semalam. - UTUSAN/BAAZLAN IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU : ‘Orang dalam’ yang mahir dalam penggunaan teknologi maklumat dan sistem yang diguna pakai oleh Jabatan Imigresen dipercayai bersekongkol dengan sindiket pemalsuan dokumen yang dipatahkan di Senai, Sabtu lalu.

Pengarah Imigresen Johor, Baharuddin Tahir berkata, sindiket itu dipercayai menjalankan aktiviti pemalsuan dokumen dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) susulan pembukaan beberapa sektor khususnya yang memerlukan tenaga kerja asing.

“Dalam serbuan pada Sabtu lalu, kita menahan seorang lelaki warganegara Indonesia berusia 38 tahun dikenali sebagai Bagas, suspek utama sindiket berkenaan yang telah bekerja di negara ini sejak tujuh tahun lalu.

“Turut ditahan tiga lagi warganegara Indonesia, seorang lelaki yang merupakan pelanggan dan dua wanita termasuk isteri Bagas yang berusia 35 tahun,” katanya dalam sidang akhbar di
Kompleks Kementerian Dalam Negeri di sini, semalam.

Serbuan itu dijalankan menerusi Ops Serkap yang dibuat di sebuah rumah di Taman Senai Jaya, pada pukul 12 tengah hari.

Operasi diketuai Timbalan Penolong Pengarah Imigresen negeri, Muhammad Hafiz Khamis dan disertai 12 pegawai itu turut menemukan 15 pasport Indonesia serta 18 i-Kad Jabatan
Imigresen Malaysia dan 23 sijil pemeriksaan Covid-19/SARSCoV-2 dari sebuah hospital swasta yang dipercayai palsu.

Tambah Baharuddin, sindiket terbabit mengenakan bayaran berjumlah antara RM120 hingga RM250 bagi setiap dokumen yang dipalsukan.

“Jabatan Imigresen akan bekerjasama dengan polis dan lain-lain agensi keselamatan berhubung kejadian ini bagi menjaga keselamatan negara,” tambahnya.
Keempat-empat suspek kini ditahan reman selama 14 hari bermula semalam manakala kes disiasat mengikut Seksyen 55 dan 56 (Akta Imigresen 1959/63) dan Seksyen 12 Akta
Pasport 1966. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya