MARANG: Seorang nenek kepada 15 cucu dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan memiliki 125 biji pil kuda.
Tertuduh, Sa’adah Ali, 63, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda.
Mengikut kertas pertuduhan, warga emas itu didakwa memiliki 125 biji pil kuda, seberat kira-kira 18.43 gram.
Perbuatan didakwa dilakukan di sebuah rumah di Kampung Batangan di sini pada pukul 1 pagi, 19 Julai lalu.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman dua hingga lima tahun penjara dan tiga hingga sembilan sebatan jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Asisten Superintendan Othman Ibrahim manakala tertuduh tidak di wakili peguam.
Mahkamah membenarkan tertuduh dibebaskan dengan wang jaminan RM5,000 dan seorang penjamin.