Najib bersumpah tidak tahu mengenai wang RM42 juta - Utusan Malaysia

Najib bersumpah tidak tahu mengenai wang RM42 juta

NAJIB TUN RAZAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

“Sebagai orang Islam, wallahi wabillahi watallahi saya tidak meminta, saya tidak merancang atau ditawarkan RM42 juta itu.”

Begitulah sumpah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib, ketika mengemukakan rayuan bagi diringankan hukuman.

Katanya, sebagai orang Islam beliau bersaksi kepada Allah bahawa beliau tidak meminta, tidak merancang atau  ditawarkan RM42 juta itu.

Beliau juga berkata, bersaksi kepada Allah tidak tahu mengenai jumlah wang itu.
“Tiada bukti atau saksi berhubung perkara itu,” katanya ketika membuat kenyataan dari kandang tertuduh.

Mahkamah Tinggi di sini hari ini mendapati bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersalah atas tujuh pertuduhan membabitkan kesalahan pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram berjumlah RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd.

Hakim Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali memutuskan demikian selepas mendapati Najib gagal menimbulkan keraguan munasabah atas pertuduhan yang dihadapinya.

Pada ketika ini, pihak pembelaan sedang cuba mendapatkan penangguhan bagi membolehkan mereka menyediakan rayuan terhadap hukuman yang bakal dikenakan.

Najib merupakan bekas Perdana Menteri pertama yang didakwa di mahkamah di negara boleh dihukum penjara antara dua hingga 20 tahun dan juga boleh didenda jutaan ringgit. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN