Najib berhutang dengan negara RM1.6b - Utusan Malaysia

Najib berhutang dengan negara RM1.6b

NAJIB TUN RAZAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tunggakan cukai pendapatan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebanyak RM1.6 bilion merupakan hutang kepada negara yang perlu dibayar.

Mahkamah Tinggi di sini berpendapat, jumlah penalti yang dikenakan terhadap Najib adalah wajar dan adil kerana denda sama akan dikenakan kepada semua pembayar cukai yang lewat membuat penbayaran.

“Adalah adil bagi defendan yang juga bekas Mentei Kewangan dan bekas Perdana Menteri tertakluk kepada peruntukan penalti yang sama kerana semua sama di sisi undang-undang'” ujar Hakim Ahmad Bache.

Hakim berkata demikian ketika membaca penghakiman ringkas sebelum membenarkan permohonan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk mendapatkan penghakiman terus dalam saman yang dikemukakan terhadap Najib pada 25 Jun 2019.

Penghakiman terus adalah kes diputuskan melalui hujahan tanpa mendengar keterangan saksi pada perbicaraan.

Kerajaan menerusi LHDN, menyaman Ahli Parlimen Pekan itu dan menuntut beliau membayar RM1.69 bilion bagi cukai pendapatan tambahan yang belum dibayar bagi tempoh tahun taksiran 2011 hingga 2017, kadar faedah lima peratus setahun dari tarikh penghakiman, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN