MPK lupus arak, DVD dan VCD haram - Utusan Malaysia

MPK lupus arak, DVD dan VCD haram

Dr. Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin melupuskan barang sitaan melibatkan arak, cakera padat video (VCD) dan cakera padat digital (DVD) cetak rompak di stor Jabatan Perkhidmatan Persekitaran Majlis Perbandaran Klang (MPK), Klang, semalam. Foto: SYARAFIQ ABD. SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Majlis Perbandaran Klang (MPK) hari ini melupuskan barang sitaan melibatkan arak, cakera padat video (VCD) dan cakera padat digital (DVD) cetak rompak berjumlah RM11,685.

Pelupusan membabitkan sebanyak 1,771 unit barang itu hasil tindakan penguatkuasaan yang dijalankan antara November 2019 hingga Februari lalu.

Yang Dipertuanya, Dr. Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin berkata, tindakan sitaan ke atas 15 premis itu dilakukan berikutan pelanggaran undang-undang yang ditetapkan.

“Penyitaan 531 botol arak itu dibuat mengikut Undang-Undang Kecil (UUK) 3 (1) Pelesenan Establismen Makanan 2007 kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen.

“Sitaan 1,230 keping DVD dan VCD pula mengikut UUK 3 Penjaja 2007 kerana menjalankan aktiviti menjaja tanpa lesen,” katanya dalam sidang akhbar di stor Jabatan Perkhidmatan Persekitaran MPK di sini hari ini.

Terdahulu, dalam majlis berasingan, MPK turut memperkenalkan aplikasi ‘SmartBooking’ bagi kemudahan orang ramai membuat tempahan dewan dan tempat riadah di sekitar daerah ini.

SmartBooking siap dibangunkan pada Februari lalu sebagai satu saluran pembayaran secara atas talian bagi urusan tempahan seperti majlis perkahwinan, seminar dan sukan.

SmartBooking yang bakal diaktifkan pada 6 Ogos hadapan memudahkan orang awam kerana mereka tidak perlu hadir ke kaunter MPK untuk membuat tempahan.

Dalam pada itu, kata Ahmad Fadzli, pihaknya turut mengenal pasti beberapa lokasi ‘panas’ mengenai aktiviti haram tersebut termasuk kesalahan iklan tanpa permit.

“Kesalahan dilakukan ini melibatkan kawasan Pekan Kapar, Meru, Taman Sentosa dan pusat bandar Klang bagi kesalahan menjual arak tanpa lesen manakala, aktiviti menjual DVD dan VCD cetak rompak serta iklan tanpa permit dikesan di kawasan pasar malam, pasar pagi dan hadapan premis nombor ramalan serta bank di daerah ini,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya