Mayat kaki pancing ditemukan selepas 48 jam operasi - Utusan Malaysia

Mayat kaki pancing ditemukan selepas 48 jam operasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Mayat lelaki yang terjatuh ketika memancing di Kilometer 4.0, bawah Jambatan Pulau Pinang menghala ke Perai di sini kelmarin ditemui selepas lebih 48 jam dilaporkan hilang.

Mangsa, Y. Gananaphan, 27, ditemukan anggota pasukan Bomba dan Penyelamat Negeri dalam operasi mencari dan menyelamat kira-kira pukul 9.48 pagi tadi.

Jurucakap bomba negeri berkata, mayat lelaki terbabit akan dibawa ke Kompleks Pendaratan Ikan Jelutong sebelum diserahkan kepada pasukan polis untuk tindakan selanjutnya.

“Maklumat lanjut berhubung lokasi penemuan mayat mangsa dan jumlah anggota terlibat akan dimaklumkan nanti,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Pada Jumaat lalu, Gananaphan dikatakan telah diserang penyakit sawan semasa memancing bersama rakannya di tiang 32 bawah Jambatan Pulau Pinang menghala ke Perai kira-kira pukul 10.40 pagi.

Kejadian tersebut disedari rakan mangsa lalu menghubungi pemandu bot yang mereka naiki bagi memaklumkan insiden itu. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya