Lelaki diugut sebar video bogel - Utusan Malaysia

Lelaki diugut sebar video bogel

Superintenden A. A. Anbalagan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Seorang lelaki berusia 25 tahun kerugian RM13,000 selepas diperas ugut seorang wanita untuk disebarkan video bogelnya kelmarin.

Lelaki terbabit yang bekerja di sebuah kilang kejuruteraan di Bayan Lepas dekat sini, berkenalan dengan seorang wanita menerusi aplikasi online, Line. 

Menurut Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden A. A. Anbalagan, mangsa kemudiannya membuat panggilan video bersama wanita itu sambil berbogel dan beronani tanpa menyedari perbuatan tersebut dirakam. 

Bagaimanapun, kata beliau, tidak lama selepas itu, lelaki berkenaan menerima mesej menerusi aplikasi WhatsApp yang mengugutnya membayar RM13,000 sekiranya tidak mahu video bogelnya disebarkan.

“Takut dengan ugutan itu, mangsa membayar wang tersebut dengan memindahkannya secara online kepada suspek.

“Mangsa bagaimanapun membuat laporan polis pagi semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya