Kubra sediakan makan tengah hari percuma - Utusan Malaysia

Kubra sediakan makan tengah hari percuma

Makanan percuma disediakan oleh pertubuhan bukan kerajaan di Kulim, Kedah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM: Orang ramai yang tinggal di sekitar bandar ini berpeluang makan tengah hari percuma yang disediakan oleh Pertubuhan Kebajikan Amal Islam Kubra di sebuah rumah di  Kulim Techno City Fasa 2,  Taman Teknologi Tinggi Kulim  di sini.

Program amal yang dikenali Kongsi Rezeki Makan Percuma itu bermula pada 10 Julai lalu.

Presidennya, Ahmad Sharkhawi Ishak berkata, makan tengah hari percuma itu disediakan pada hari Ahad hingga Khamis bermula pukul 12 tengah hari sehingga makanan habis.

Menurutnya, program itu diharapkan dapat membantu golongan yang kurang berkemampuan terutamanya mereka yang terkesan daripada Covid-19.

Katanya, kos memasak dengan menu yang berubah-ubah pada setiap hari dianggarkan kira-kira RM400. 

“Pada setiap hari beberapa ahli Kubra akan menyediakan makanan dan proses memasak makanan bermula seawal pukul 8 pagi.

“Pihak kami menyediakan kira-kira tujuh kilogram beras setiap hari, selain daging lembu, ayam, sayur dan ulam-ulaman,” katanya.

Selain itu, tambahnya, beberapa peniaga dan penduduk setempat juga turut menyumbangkan makanan kepada orang ramai bagi memeriahkan program tersebut.

Sementara itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merbau Pulas, Datuk Siti Ashah Ghazali berkata, dia mengakui masakan yang disediakan penganjur sedap dan orang ramai boleh membantu menjayakan program amal itu.

“Program ini dilaksanankan secara bergerak ke kawasan kampung yang dapat memberi manfaat kepada golongan kurang berkemampuan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya