Krew kapal warga Filipina positif Covid-19 - Utusan Malaysia

Krew kapal warga Filipina positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Setelah lebih sebulan sifar kes pandemik Covid-19, Pahang hari ini mencatatkan satu kes baharu jangkitan wabak berkenaan membabitkan seorang krew kapal warga Filipina.

Difahamkan, krew kapal berusia 26 tahun itu masuk ke negara ini melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Khamis lalu. 

Krew kapal berkenaan dikatakan tiba di daerah ini pada Jumaat lalu dan menaiki kapal di Pelabuhan Kuantan keesokkannya.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pelajaran dan Kesihatan negeri, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad ketika dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan perkara itu.

“Saya difahamkan warga Filipina itu telah berjumpa dengan lebih 30 kontak terdiri daripada krew kapal dan kakitangan Pelabuhan Kuantan. 

“Kesemua mereka telah disaring oleh Pejabat Kesihatan daerah,” katanya hari ini.

Syed Ibrahim dalam pada itu kecewa bagaimana warga Filipina berkenaan yang positif Covid-19 boleh masuk ke negara ini. 

“Kita berharap kerajaan memperketatkan aspek penguatkuasaan di pintu masuk negara bagi memastikan penularan pandemik berkenaan dapat dikawal sepenuhnya,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya