Kes dera ibu bapa naik 20% musim PKP - Utusan Malaysia

Kes dera ibu bapa naik 20% musim PKP

Siti Kamsiah Hassan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Desakan kewangan dan penyalahgunaan dadah antara faktor utama peningkatan kes dera ibu bapa oleh anak sendiri sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dari Mac hingga Mei lalu.

Berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), kes penderaan anak terhadap ibu bapa mencatatkan peningkatan sehingga 20 peratus berbanding sebelum ini.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan, Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Asisten Komisioner Polis, Siti Kamsiah Hassan berkata, siasatan mendapati kebanyakan kes melibatkan anak yang menganggur dan berusia 30 hingga 38 tahun.

Katanya, pergerakan yang terbatas sewaktu PKP turut menjadi punca berlakunya peningkatan kes penderaan meli batkan anak dan ibu bapa.

“Sebelum ini anak-anak terbabit keluar rumah mencari wang dengan melakukan pekerjaan sampi ngan, mencuri atau meminjam dengan kawan.

“Apabila terdesak, anak-anak ini meminta wang daripada ibu bapa, apabila tidak diberi, mereka mula bertindak kasar,” katanya ketika ditemui Utusan
Malaysia di sini, semalam.

Menurut Siti Kamsiah, kes keganasan rumah tangga pula menurun sebanyak empat peratus berbanding sebelum pelaksanaan PKP. Antara faktor penurunan
tersebut kerana wujud perubahan trend melibatkan suami isteri sepanjang tempoh tersebut.

“Berdasarkan siasatan kami, terdapat tiga sebab utama yang menjadi punca keganasan rumah tangga antara suami dan isteri iaitu cemburu, curang dan perselisihan faham.

“Ketika PKP, aktiviti berubah kerana suami dan isteri bekerja dari rumah, jadi tidak timbul syak wasangka antara mereka,” ujarnya.

Pada April lalu, Pertubuhan Pertolongan Wanita menerima sebanyak 14 peratus peningkatan bilangan panggilan dan aduan menerusi WhatsApp berhubung kes keganasan rumah tangga membabitkan wanita. UTUSAN/ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya