Kerajaan komited dapatkan aset 1MDB - Utusan Malaysia

Kerajaan komited dapatkan aset 1MDB

TENGKU ZAFRUL TENGKU ABDUL AZIZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan komited mendapatkan semula aset 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) secara berkesan.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, perkara itu tetap menjadi keutamaan kerajaan. 

Beliau berkata, dalam usaha menzahirkan objektif tersebut, kerajaan mengambil tindakan proaktif merentasi pelbagai negara dan organisasi. 

“Diketuai oleh Jabatan Peguam Negara, kerajaan sedang mengadakan perbincangan dan rundingan dengan pelbagai organisasi antarabangsa termasuk Goldman Sachs Group Inc.,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Minggu ini, perwakilan kanan dari Goldman Sachs Group Inc.  hadir ke Malaysia untuk meneruskan perbincangan dan rundingan dengan kerajaan. 

Tengku Zafrul berkata, kerajaan berharap perbincangan itu membuahkan hasil dan membolehkan kedua-dua pihak mencapai kata sepakat mengenai pemulangan aset 1MDB kepada Malaysia.

“Yang lebih penting adalah komitmen penuh kerajaan untuk memastikan pemulangan aset 1MDB kepada Malaysia. 

“Kerajaan berusaha mengambil pelbagai tindakan dan langkah untuk memastikan nilai pemulihan yang adil dan wajar bagi rakyat,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya