Kali pertama tidak perlu asah parang - Utusan Malaysia

Kali pertama tidak perlu asah parang

ABDUL Manas Md. Isa menunjukkan teknik mengasah dan koleksi parang yang dimiliki beliau di Seremban, semalam. – Foto: SYED AHMAD ZULKARNAIN SYED ALI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Setiap kali tibanya Hari Raya Aidiladha, Abdul Manas Md. Isa pastinya menjadi antara individu yang dicari-cari kerana kepakarannya menyembelih haiwan untuk menyempurnakan ibadah korban.

Selama 26 tahun, Abdul Manas, 53, atau lebih dikenali sebagai Ustaz Manas dijemput ke masjid-masjid di seluruh Negeri Sembilan untuk tujuan itu.

Bagaimanapun, akibat wabak Covid-19, buat pertama kalinya parang sembelihan Ustaz Manas tidak diasah kerana dia tidak menerima sebarang jemputan untuk menyempurnakan ibadah korban pada tahun ini.

“Biasanya, sebulan sebelum Hari Raya Aidiladha saya sudah menerima banyak jemputan menyembelih haiwan untuk ibadah korban di beberapa masjid.

“Namun, tahun ini saya tidak menerima sebarang jemputan kerana setiap masjid hanya dihadkan maksimum 10 haiwan untuk dikorbankan,” kata Ustaz Manas yang bertugas sebagai Ketua Unit Siasatan di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan.

Ustaz Manas berkata, kebiasaannya, sebagai persediaan melakukan penyembelihan, dia akan mengasah parang yang akan digunakan bagi memastikan sentiasa tajam.

Menurutnya, sebagai tukang sembelih, tanggungjawab yang dipikul sangat berat kerana dia mesti memastikan haiwan yang dikorbankan disembelih dengan sempurna dari segi syarak supaya tidak menjejaskan ibadah berkenaan.

“Saya pernah menyembelih 10 ekor lembu korban pada satu hari dan hari ini saya gembira kerana ramai anak muda yang sudah boleh menyempurnakan ibadah berkenaan,” katanya lagi.

Walaupun khidmatnya tahun ini tidak diperlukan, Ustaz Manas mengakui tidak sedih sebaliknya bersyu­kur kerana boleh pulang ke kampung isterinya di Jengka, Pahang lebih awal.

“Biasanya saya akan pulang lewat ke kampung kerana memenuhi jemputan untuk menyembelih haiwan korban tapi pada tahun ini saya boleh bersama keluarga pada pagi Hari Raya Aidiladha,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya