Identiti wanita pakai gelang pengawasan dikenal pasti - Utusan Malaysia

Identiti wanita pakai gelang pengawasan dikenal pasti

Tangkap layar media sosial mengenai seorang wanita yang memakai gelang individu bawah pengawasan (PUS) di sebuah bank di Butterworth, Pulau Pinang yang mencetuskan kebimbangan awam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Polis berjaya mengenal pasti dan menjejaki seorang wanita yang memakai gelang individu bawah pengawasan (PUS) tetapi berada di sebuah bank di sini yang menjadi tular di dalam media sosial semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, wanita Cina berusia 25 tahun itu dikesan selepas pihaknya meneliti rakaman litar tertutup (CCTV) bank berkenaan dan berdasarkan maklumat awam.

Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor

Menurut beliau, hasil semakan mendapati wanita berkenaan pulang dari Thailand pada 15 Julai lalu dan telah menjalani ujian saringan Covid-19 yang menunjukkan hasil negatif.

Katanya, wanita berkenaan juga sudah menjalani ujian saringan Covid-19 kali kedua pada 28 Julai lalu yang juga negatif dan sudah selesai menjalani pemantauan kelmarin.

“Berdasarkan siasatan juga, wanita berkenaan tidak dibenarkan masuk untuk berurusan dengan pihak bank pada hari kejadian dan diarahkan pulang oleh pengawal keselamatan.

“Bagaimanapun, ketika pihak bank cuba mendapatkan maklumat lanjut mengenai wanita berkenaan, dia bertindak melarikan diri,” katanya.

Awal hari ini, satu gambar wanita yang memakai gelang PUS yang berada di sebuah bank yang didakwa di Raja Uda, Bagan di sini tular di media sosial sehingga mencetuskan kebimbangan awam.

Dalam pada itu, Noorzainy menasihatkan orang awam untuk segera melaporkan kejadian seperti itu di balai polis berhampiran atau menghubungi Bilik Gerakan IPD SPU di talian 04-5759122 supaya tindakan pantas dapat diambil.

Katanya, orang awam sebolehnya tidak menularkan berita atau maklumat yang boleh mencetuskan kebimbangan masyarakat setempat. 

“Di samping itu, setiap individu yang dikenakan PUS haruslah bertanggungjawab dan memainkan peranan dengan terus mematuhi arahan untuk terus berada di tempat yang sepatutnya sehingga tarikh pemantauan tamat,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya