Hilang empat jari kanan kerana teman wanita - Utusan Malaysia

Hilang empat jari kanan kerana teman wanita

Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Gara-gara perselisihan faham berkenaan teman wanita, seorang lelaki kehilangan empat jari kanan selepas terlibat dengan pergaduhan dengan dua individu lain dalam kejadian di Pangsapuri Bandar Bukit Tinggi 2, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.40 malam, mangsa yang berusia 28 tahun itu turut mengalami kecederaan pada bahagian badan dan juga kepala akibat ditetak menggunakan parang.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, siasatan pihaknya mendapati pergaduhan antara ketiga-tiga individu berpunca daripada rasa tidak puas hati.

“Kedua-dua suspek dan mangsa yang kesemuanya berasal dari Sabah ini telah bergaduh sebelum suspek bertindak menyerang mangsa menggunakan parang.

“Mangsa yang kritikal kini dirawat di zon merah di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Shamsul Amar berkata, pihaknya berjaya menahan salah seorang suspek berusia 31 tahun.

“Kita kini sedang mengesan seorang lagi suspek dikenali sebagai ‘Kittang’ berusia 28 tahun yang masih bebas.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan. Individu yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Asisten Superitenden Zamrus Zakaria di talian 019-689 2777,” ujarnya.-UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya