Geng tebuk peti besi tumpas - Utusan Malaysia

Geng tebuk peti besi tumpas

NORZAINY Mohd. Noor (tengah) menunjukkan dua warganagera Vietnam yang dipercayai terbabit dalam aktiviti pecah peti besi pasar raya dan kedai emas sekitar daerah Seberang Perai dalam sidang akhbar di IPD SPU, Butterworth, Pulau Pinang, semalam - FOTO/SITI NUR MAS ERAH AMRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Mencari jalan mudah mendapatkan wang dengan menebuk peti besi simpanan pasar raya dan kedai emas menjadi modus operandi dua lelaki warganegara Vietnam yang bergerak aktif di sekitar daerah Seberang Perai sejak 16 Januari lalu.

Malah, hasil barang kemas dan wang tunai yang dicuri bernilai hampir RM1 juta itu turut dihantar pulang ke negara asal untuk kegunaan ahli keluarga.

Bagaimanapun, kegiatan licik suspek berusia 38 dan 33 tahun itu terbongkar menerusi Ops Tebuk selepas ditahan pasukan khas dari Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) dalam kereta Proton Saga warna kelabu di Jalan Raja Uda, pukul 12.15 pagi pada 15 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah SPU, Asisten Komisioner Norzainy Mohd. Noor berkata, kedua-dua suspek yang bekerja sebagai penyembelih babi di Mak Mandin dekat sini, dipercayai meminjam kereta rakan mereka untuk melakukan kegiatan jenayah terbabit.

Katanya, modus operandi mereka adalah memecah masuk melalui pintu belakang premis sebelum menggerudi peti simpanan pasar raya dan kedai emas.

“Siasatan mendapati mereka bermastautin di negara ini menggunakan pasport palsu sejak tiga tahun lalu.

“Kedua-duanya juga mengaku terlibat dalam enam kes pecah premis termasuk pasar raya, kedai emas dan rumah di kawasan SPU dan Seberang Perai Tengah (SPT).

“Susulan penahanan suspek, kita turut merampas gerudi, pemotong kabel dan senjata yang digunakan untuk kegiatan jenayah terbabit,” katanya kepada pemberita di IPD SPU, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, polis percaya suspek itu turut terbabit dalam beberapa kes jenayah lain dan sedang mengesan dua lagi ahli yang masih bebas.

“Kedua-dua suspek direman sehingga 28 Julai ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya