Elak wujud kluster Slim - polis - Utusan Malaysia

Elak wujud kluster Slim – polis

RAZARUDIN HUSAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Polis Perak bersedia untuk menghadapi  Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim pada 29 Ogos ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain berkata, pihaknya sudah membuat persiapan rapi dari segi keanggotaan yang akan bertugas serta logistik untuk memastikan pengundian berjalan lancar.

Menurutnya, polis juga memberi perhatian terhadap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bagi membendung wabak Covid-19.

“Walaupun kita berdepan PRK, tapi pemantauan terhadap pematuhan SOP pelaksanaan PKPP tetap diteruskan.

“Kita akan ambil tindakan yang sepatutnya bagi memastikan jangkitan Covid-19 tidak akan menjadi kluster Slim, perkara ini sangat mustahak,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini hari ini. 

Menurutnya, pihaknya telah melakukan persediaan rapi termasuk latihan, latihan dalam perkhidmatan (LDP) dan kursus bagi menghadapi PRK Slim dan Pilihan Raya Umum (PRU). 

Kata beliau, polis juga telah melawat kesemua pusat pengundian yang akan digunakan dalam PRK Slim.

“Keanggotaan Polis Perak untuk menghadapi PRK ini mencukupi manakala dari segi logistik juga kita telah bersedia,” katanya. 

Kerusi berkenaan kosong susulan kematian penyandang, Datuk Mohd Khushairi Abdul Talib dari Barisan Nasional (BN) pada 15 Julai lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya