Duda kemurungan ditemukan berlumuran darah - Utusan Malaysia

Duda kemurungan ditemukan berlumuran darah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Seorang duda ditemukan dalam keadaan berlumuran darah bersama sepucuk pistol di kediaman keluarganya di Taman Seri Maklom, di sini awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 pagi itu, mayat mangsa yang berusia 30 tahun ditemukan bapanya yang ingin ke tandas.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, berdasarkan keterangan keluarga, bapa mangsa mendapati anaknya tiada di katil pada pukul 3.30 pagi.

“Bapa mangsa yang ketika itu mahu ke tandas tidak mengesyaki apa-apa tetapi mula curiga apabila anaknya yang tidak bekerja masih tiada ketika dia bangun kali kedua.

“Dia kemudian memeriksa tandas yang sering digunakan mangsa dan menemukan mangsa dalam keadaan terlentang dengan kesan tembakan di bahagian kepala,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Noorzainy, siasatan awal mendapati mangsa pernah dibawa ke India tiga tahun lalu dan dirujuk ke pakar psikiatri untuk rawatan kerana kemurungan selain memiliki tiga rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (PLB) 1971 dan Seksyen 8(a) Akta Senjata Api 1960. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya