Dua beradik dari Malaysia antara 10,000 jemaah haji dunia musim Covid-19

Dua beradik dari Malaysia antara 10,000 jemaah haji dunia musim Covid-19

LEBIH 500,000 permohonan diterima untuk mereka yang mahu mengerjakan haji tahun ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG: Dua beradik bertuah apabila dipilih menunaikan ibadat haji tahun ini ke­tika kerajaan Arab Saudi me­­n­gehadkan jumlah jemaah berikutan penularan pandemik Covid-19.

Mereka antara lapan rakyat negara ini yang disahkan oleh konsulat Malaysia di Jeddah kepada Utusan Malaysia yang tersenarai untuk musim haji yang kemuncaknya pada hari Wukuf, Khamis 30 Julai ini.

Maryam Munirah Mohammad Masruh, 22, yang sedang­ belajar di Riyadh akan disertai abang­nya, Musthafa Muadz, 30, sebagai mahramnya untuk menunaikan rukum Islam kelima itu.

Ketika dihubungi akhbar ini semalam, Musthafa Muadz yang pernah menunai­kan ibadah itu sebelum ini me­nganggap pe­luang tersebut se­bagai anugerah Allah SWT tidak ternilai.

Penuntut Sarjana Fiqh di Universiti Islam Madinah itu berkata, kerajaan Arab Saudi mendahulukan individu yang pertama kali mengerjakan haji.

“Saya mendapat rezeki me­nunaikan haji tahun ini kerana menjadi mahram untuk Mar­yam Munirah.Kerajaan Arab Saudi dilaporkan mengehadkan jumlah jemaah haji dengan melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) ketat bagi mengelak penularan pandemik Covid-19.

Pihak berkuasa negara itu mengumumkan ibadat haji yang sebelum ini dihadiri lebih 2.5 juta umat Islam dari seluruh dunia, dilaksanakan dalam protokol kebersihan yang ketat dengan akses terhad kepada jemaah haji di bawah 65 tahun dan tanpa penyakit kronik.

Musthafa Muadz yang berasal dari Kajang berkata, pandemik Covid-19 membataskan pergerakan orang ramai namun pengisian ilmu bersama beberapa bakal jemaah haji tahun ini yang tinggal di Arab Saudi tetap diteruskan menerusi aplikasi Zoom.

“Wabak Covid-19 telah meng­ubah cara kehidupan kita termasuk dalam soal mencari ilmu berkaitan ibadat haji.

“Selepas menerima berita saya dipilih, menjadi kemestian saya dan beberapa lagi bakal jemaah haji menjalankan ulang kaji dengan menggunakan aplikasi Zoom setiap hari sebagai persediaan menjalani ibadah berkenaan,” katanya.

Katanya, Kementerian Haji Arab Saudi akan memberikan beg khas mengandungi kit pencegahan pandemik Co­vid-19 kepada bakal jemaah.

“Kerajaan Arab Saudi hanya membenarkan jemaah mengerjakan haji Ifrad. Saya dan adik akan bergerak dengan menaiki kereta dari Madinah ke Mekah pada 4 Zulhijah (25 Julai), kemudian berihram di Qarnul Manazil pada 8 Zulhijah (29 Julai).

“Difahamkan, jemaah dibenarkan berada di Mekah sehingga 12 Zulhijah (2 Ogos) sahaja dan kami mohon rakyat Malaysia agar mendoakan semua urusan jemaah haji tahun ini berjalan lancar selain ke­sejahteraan ibu saya yang kini berjuang melawan penyakit kanser,” katanya.

Sementara itu seorang lagi rakyat Malaysia yang terpilih ialah Norani Nordin, 47. Dia yang menetap di Arab Saudi sejak 2009 merupakan pengurus beberapa syarikat di taman penyelidikan sebuah universiti di sana.

Norani berkata, orang pertama yang dihubungi untuk memaklumkan khabar gembira itu adalah ibu bapanya yang menetap di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

“Mustahil kalau kata saya tidak berharap langsung semasa mengisi permohonan (di laman web) dan apabila saya periksa keputusan pemilihan tinggal minggu lalu, saya sungguh terkejut kerana terpilih.

“Ini ibadat haji kali kedua saya selepas 13 tahun setelah kali pertama berbuat demikian melalui Tabung Haji pada 2007,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya