Dr. M, Azmin, Radzi solat Aidiladha di Masjid Putra - Utusan Malaysia

Dr. M, Azmin, Radzi solat Aidiladha di Masjid Putra

Tun M
TUN Dr. Mahathir Mohamad, Mohamed Azmin Ali dan Mohd. Radzi Md. Jidin berjalan masuk menuju ke ruang solat utama Masjid Putra untuk menunaikan solat Hari Raya Aidiladha di Putrajaya, semalam. - FB SAYA SAYANG DR. MAHATHIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menunaikan solat Aidiladha di Masjid Putra di sini pagi tadi bersama-sama 4,500 jemaah yang hadir sekitar Putrajaya.

Turut kelihatan Menteri Kanan (Perdagangan Antarabangsa dan Industri), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali serta Menteri Kanan (Pendidikan), Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin. 

Ketiga-tiga mereka kelihatan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) iaitu memakai pelitup separuh muka sewaktu berada di masjid.

Kehadiran mereka yang lengkap bersongkok dan berbaju Melayu turut mencuri perhatian para jemaah yang hadir.

Azmin dalam ciapan Twitternya turut memuat naik gambar beliau bersama-sama Dr. Mahathir dan Mohd. Radzi ketika memasuki ruang masjid berkenaan.

“Bersama anak-anak dan menantu menunaikan solat Aidiladha di Masjid Putra. Saya dan YB @radzijidin berkesempatan bertemu dan mengucapkan Selamat Hari Raya kepada YB @chedetofficial,” katanya. 

Kini tersebar dalam laman sosial gambar serta video Tun Mahathir bersama Mohamed Azmin di Masjid Putrajaya, pagi tadi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya