Dakwaan Ecah diberhentikan sekolah tidak benar - Utusan Malaysia

Dakwaan Ecah diberhentikan sekolah tidak benar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

SHAH ALAM: Jabatan Pendidikan Negeri Selangor menafikan dakwaan pemberhentian sekolah Siti Nuraisyah Sahrin atau Ecah, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bagan Terap yang putus kedua-dua kakinya akibat kemalangan empat tahun lalu tanpa notis adalah tidak benar.

Pengarahnya, Izmi Ismail berkata, ibu Siti Nurasiyah, Maimunah Md. Razali telah memohon pemberhentian sekolah pada 13 Februari lalu dengan alasan anaknya mahu meneruskan pelajaran ke pusat kemahiran Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Berhubung prestasi Siti Nuraisyah, kita dapati dia tidak hadir mulai awal tahun persekolahan dan telah diberikan amaran pertama.

“Malah, peringatan kedua juga telah diberikan pada 16 Februari berikutan ketidakhadiran pelajar ini mencecah 10 hari.

“Namun, ibu pelajar ini telah hadir ke sekolah untuk membuat permohonan berhenti kerana anaknya akan meneruskan pelajaran ke pusat kemahiran JKM,” katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Isu ini timbul berikutan bapa tiri Siti Nurasiyah, Roslan Sardi, 44, mendakwa, pihak sekolah memaklumkan anaknya telah diberhentikan kerana tidak hadir sekolah sedangkan dia terlibat dengan latihan Sukan Paralimpik.

“Pihak sekolah tak pernah panggil kami untuk bincang mengapa Ecah tak hadir sekolah.

“Setelah saya berjumpa mereka, baru pihak sekolah memberikan surat amaran sedangkan ketika itu saya telah menulis surat berhenti sekolah Ecah,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya