Covid-19: Tarif air tidak naik - Utusan Malaysia

Covid-19: Tarif air tidak naik

TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak akan menaikkan tarif air dalam tempoh penularan pandemik Covid-19 kerana memahami bebanan ekonomi ditanggung rakyat. 

Menteri Alam Sekitar dan Air, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sebarang semakan tarif air di seluruh negara termasuk Selangor, Kuala Lumpur dan Labuan mengambil kira kepentingan rakyat.

Katanya, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) akan melakukan rundingan mengenai perkara itu. 

“Dalam situasi ekonomi yang teruk, Covid-19 yang belum selesai, kerajaan tidak akan menaikkan tarif air dalam masa terbeban.

“Kerajaan akan menanggung kos tersebut, kerajaan prihatin dengan setiap apa yang berlaku dan rakyat tidak pelru risau,” katanya menjawab pertanyaan Datuk Hasanuddin Mohd. Yunus (PAN-Hulu Langat) di Dewan Rakyat hari ini. 

Hasanuddin bertanyakan apakah kerajaan dapat menjamin tarif air di Lembah Klang tidak naik selepas penyerahan Loji Rawatan Air Langat 2 kepada Pengurusan Air Selangor untuk mengelakkan bebanan pengguna. 

Tuan Ibrahim berkata, rakyat perlu berjimat-cermat dalam penggunaan air dan pihaknya masih meneruskan kempen untuk meningkatkan kesedaran awam mengenai perkara itu. 

“Kos air memang rendah sekarang dan kerajaan menampung bebanan itu, namun ia tidak bermakna rakyat boleh bermewah-mewah dalam penggunaan air,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, beliau memaklumkan bahawa kementeriannya kini dalam perundingan untuk membina loji antara Melaka dan Negeri Sembilan bagi berkongsi sumber air kepada mana-mana negeri yang tidak mempunyai bekalan mencukupi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN