Conteng mural: Polis Selangor yakin dapat kesan pelaku - Utusan Malaysia

Conteng mural: Polis Selangor yakin dapat kesan pelaku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Polis Selangor yakin dapat menahan individu terlibat dengan perbuatan menconteng mural pemimpin-pemimpin negara di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12 di sini dalam masa terdekat.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, pihaknya menemukan beberapa petunjuk dikaitkan dengan dua wanita yang disyaki terbabit dalam kejadian tersebut.

“Kita telah ada sasaran dan beberapa petunjuk. Selain itu, kita akan teruskan siasatan.

“Kita yakin dapat menyelesaikan kes ini dalam tempoh terdekat,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, mural gergasi yang mempamerkan beberapa wajah pemimpin termasuk Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah diconteng dengan semburan cat berwarna merah.

Selain mural Al-Sultan Abdullah, turut diconteng adalah wajah Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Insiden itu menyebabkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah murka dan sangat dukacita dengan kejadian vandalisme terhadap mural pemimpin-pemimpin negara tersebut selain menyifatkan perbuatan itu sangat biadab. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya