KUALA LUMPUR: Kaunter Pendaftaran Mahkamah Majistret (Sivil) yang terletak di aras B1 Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur diubah menjadi bilik videolink bagi menempatkan kira-kira 30 orang pengamal media tempatan dan luar negara.
Bilik videolink tersebut menyiarkan secara live prosiding dari Mahkamah Tinggi Jenayah 1.
Hakim Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali dijangka menyampaikan keputusannya sebentar lagi. – UTUSAN ONLINE