Leong Chuan hairan ramai Melayu tidak pandai Jawi - Utusan Malaysia

Leong Chuan hairan ramai Melayu tidak pandai Jawi

Kuah Leong Chuan bertungkus-lumus mengukir nama dalam tulis Jawi di atas batu nisan ditempah pelanggan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Pemahat batu nisan granit di sini, Kuah Leong Chuan, 67, menjadi perhatian kerana mahir menulis Jawi dan dipraktikkan ketika menulis nama si mati di atas batu nisan tersebut.

Leong Chuan berkata, tulisan Jawi adalah seni yang mendekatkan dirinya dengan masyarakat berbilang kaum sekali gus menolak persepsi sesetengah pihak kononnya mempelajarinya adalah rasis.

“Saya belajar tulisan Jawi elok sahaja. Saya tinggal di Kuala Selangor sejak kecil dan bercampur dengan orang Melayu serta India.

“Mereka semua tahu saya buat batu nisan untuk orang Melayu, siap guna tulisan Jawi. Apa yang rasis?,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Dia merupakan generasi kelima keluarganya yang mewarisi pekerjaan itu sejak 50 tahun lalu.

Moyangnya berasal dari China dan berhijrah ke negara ini lewat 1800 untuk berniaga.

Leong Chuan berkata, dia mempelajari tulisan Jawi ketika berusia 10 tahun kerana mahu menggunakannya di atas batu nisan dan masih mempratikkannya sehingga kini.

“Apabila sudah belajar, senang. Sampai hari ini pun saya masih ingat huruf-huruf Jawi.
Kebanyakan pelanggan tidak tahu tulisan Jawi dan mengharapkan bantuan saya.

“Sekarang ramai orang Melayu yang tidak pandai menulis Jawi. Saya tidak tahu kenapa mereka tidak berminat untuk belajar Jawi, ia memang mudah,” katanya.

Tambahnya, tulisan Jawi boleh lenyap jika orang ramai sudah tidak berminat untuk mempelajarinya lagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya