Bayi ditutup daun tinggal tepi jalan - Utusan Malaysia

Bayi ditutup daun tinggal tepi jalan

BAYI perempuan yang ditemukan di Persimpangan Jalan Kabus-Jalan Bintang, Kuala Ampang, Kuala Lumpur hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ditinggalkan dalam kotak dan  ditutup dengan daun di tepi jalan raya. 

Itu nasib seorang bayi perempuan dipercayai baru dilahirkan tidak sampai 24 jam yang ditemukan dengan masih bertali pusat dan beruri di Persimpangan Jalan Kabus-Jalan Bintang, Kuala Ampang dekat sini hari ini. 

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff berkata, bayi tersebut ditemukan kira-kira pukul 7 pagi oleh seorang lelaki sebelum memaklumkannya kepada polis.

Katanya, pemeriksaan mendapati tiada sebarang dokumen atau barang peribadi ditemukan pada bayi yang masih hidup itu.

“Bayi seberat 2.8 kilogram ini dibawa ke Hospital Ampang untuk pemeriksaan lanjut.

“Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan iaitu membuang bayi yang boleh membawa hukuman penjara selama tempoh tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam satu kenyataan hari ini

Orang awam yang mempunyai maklumat boleh berhubung dengan pegawai penyiasat Inspektor Zanariah di talian 018-9604202 atau balai polis berhampiran.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya