Bapa kepada  bayi meninggal dunia  disyaki sesak nafas tahi dadah - Utusan Malaysia

Bapa kepada  bayi meninggal dunia  disyaki sesak nafas tahi dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Bapa kepada  bayi lelaki berusia tiga bulan yang meninggal dunia ketika dalam jagaannya positif dadah syabu.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, lelaki berusia 31 tahun itu  ditahan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 sejurus polis menerima laporan daripada nenek mangsa.

“Nenek mangsa terkejut melihat cucunya dalam keadaan lemah dan sesak nafas sejurus pulang daripada berniaga dengan ibu kepada cucunya itu pada jam 5.50 petang,” kata beliau dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, pengadu berusia 45 tahun dan ibu mangsa berniaga di Taman Nusa Perintis dan dalam tempoh berniaga mangsa dijaga bapanya di Jalan Aman, Kampung Bukit Tempurung, Gelang Patah.

Katanya, bayi yang dikejar ke klinik kesihatan tidak dapat diselamatkan.

Dzulkhairi berkata, mangsa  yang dilahirkan tidak bulan didakwa  sering muntah selepas minum susu. – UTUSAN/ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN