LUMUT: Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) ditemukan mati dengan kesan tembakan di Berek Balai Polis Pantai Remis, dekat sini, malam tadi.
Difahamkan, mangsa mati akibat tembakan senjata M14 di bahagian kepala pukul 9.25 malam. Tiada pihak lain terbabit dalam kejadian itu.
Anggota berkenaan bertugas di Batalion 18 Senoi Praaq, Pengkalan Hulu dan terbabit dengan bantuan Op Benteng Covid-19 di daerah Manjung.
Mangsa dibawa ke Hospita Seri Manjung sebelum disahkan meninggal dunia pada pukul 10.30 malam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan polis masih menyiasat motif kejadian.