Akhbar perlu jana perolehan - Utusan Malaysia

Akhbar perlu jana perolehan

Datuk Seri Johari Abdul Ghani ketika segmen Bicara Eksklusif pada Hari Pelancaran Utusan Malaysia dan Kosmo!, di Kuala Lumpur. UTUSAN/MOHD FARIZWAN HASBULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penerbitan akhbar adalah satu perniagaan yang mana pembaca sebagai pelanggan menginginkan bahan bacaan yang dapat mencerna pemikiran intelek dan pada masa sama mampu menjana perolehan.

Bekas Menteri Kewangan Ke­dua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, industri media dan akhbar perlu menjana perolehan yang mencukupi bagi membiayai perbelanjaan operasi serta berusaha menuju kepada keuntungan sebagai entiti perniagaan.

“Sudah pasti jika besar pendapatan adalah lebih baik,” katanya ketika tampil pada majlis pelancaran Utusan Malaysia dan Kosmo! Kembali secara langsung di Facebook di sini kelmarin.
Beliau mengucapkan tahniah kepada Utusan Malaysia dan Kos­mo! yang kembali diterbitkan bermula hari ini.

Katanya, kedua-dua akhbar berkenaan mempunyai kepen­tingan sejarah yang panjang dan sinonim dengan syarikat Me­layu dan ia perlu kembali ber­operasi serta maju.

Sementara itu, majlis pelancaran yang disiarkan siaran langsung di laman Facebook Utusan dan Kosmo! Online itu mencatatkan kira-kira 444,000 tontonan sepanjang sembilan jam 40 minit ia berlangsung, bermula pukul 9 pagi.

Pelayar yang mengikuti sia­ran langsung itu juga berpeluang memenangi hadiah.

Antara tetamu yang dijemput ialah Setiausaha Agung Persa­tuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam; Tim­balan Presiden Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM), Muhammad Shahrom Abdul Kalam; juara silat dunia tiga kali, Mohd Al Jufferi Jamari; atlet gimnastik, Farah Ann Abdul Hadi dan penceramah bebas, Mohd. Elyas Ismail.

Personaliti tanah air seperti Datuk Jamal Abdillah, Datuk Hattan, Datuk Dr. Fazley Yaakob dan artis Sarah Suhairi turut memeriahkan majlis.

Turut diadakan Peraduan ‘Happy Hour’ dengan jumlah ha­­diah keseluruhan RM50,000 diberikan kepada pemenang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN