Aidiladha beri rezeki buat peniaga lemang - Utusan Malaysia

Aidiladha beri rezeki buat peniaga lemang

Azhar menunjukkan lemang dijual di gerainya di Meru, Klang sejak lima hari lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Kemeriahan sambutan Aidiladha  menjadi sumber rezeki  bagi peniaga lemang di tepi jalan di sekitar Klang.

Tinjauan di Meru dan Kapar di sini hari ini mendapati, ramai  peniaga menggunakan kesempatan menjual juadah tradisi itu di tepi jalan.

Peniaga lemang, Azhar Ismail, 56, berkata, walaupun jualan lemang berkurangan hampir tiga kali ganda berbanding sambutan Aidilfitri namun dia tetap berusaha mencari rezeki buat keluarga.

“Saya juga bersyukur kerana ada pelanggan tetap dan penduduk setempat yang ingin membeli makanan tradisi ini.

“Alhamdulilah, kira-kira 100 batang lemang dapat dijual sehari sejak saya berniaga pada Sabtu lalu,” katanya ketika ditemui di gerainya di Meru.

Bapa kepada tiga anak itu berkata, dia hanya menjual lemang pada pada Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.

“Ramai pelanggan menggemari rendang ayam dan daging dendeng yang saya warisi 30 tahun lalu,” katanya.

Peniaga di Kapar, Ahmad Nazeem Rahim, 37, pula  berkata, pelanggan kebiasaannya akan ramai selepas pulang kerja bermula pukul 5 petang.

“Biarpun sambutan Aidiladha tidak semeriah seperti di pantai timur tetapi masih ada pelanggan yang memenuhi gerai saya untuk membeli lemang.

“Mereka menganggap lemang adalah makanan wajib pada hari raya sekali gus memberi rezeki kepada peniaga seperti saya, ” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya