Ahmad Samsuri wakili Pas pertemuan PN di KL, malam esok - Utusan Malaysia

Ahmad Samsuri wakili Pas pertemuan PN di KL, malam esok

AHMAD SAMSURI MOKHTAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT:  Pertemuan secara formal dan julung kali antara Pas, UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan diadakan malam esok, di ibu negara. 

Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar turut mengesahkan pertemuan itu antara lain akan membincangkan soal pembahagian kerusi di samping gerak kerja dan persiapan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam menghadapi pilihan raya. 

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan lokasi sebenar pertemuan itu di Kuala Lumpur. 

“Malam ini tiada mesyuarat… malam esok baru ada mesyuarat di Kuala Lumpur… Ya, pertemuan tiga parti. 

“Pas diketuai saya selaku Naib Presiden dan pemimpin parti lain,” katanya ketika diminta mengulas isu berkenaan. 

Terdahulu beliau hadir Majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan Perumahan Mampu Milik & Bercampur dan melancarkan rumah patuh syariah, Rumah Darul Iman (Rahman) di Dendong, Tembila, Besut, di sini hari ini.

Menurut Ahmad Samsuri, kerajaan PN akan memaklumkan kepada pihak media butiran mengenai pertemuan itu selepas perbincangan di antara mereka selesai. 

“Bagi suasana tenang dan aman dulu sebelum kami bermesyuarat,” katanya. 

Ahmad Samsuri dilantik kepemimpinan Pas sebagai ketua pasukan perunding untuk membincangkan agihan kerusi bersama UMNO dan PPBM, yang merupakan sekutu Pas dalam PN. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN