- Utusan Malaysia

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail (kanan) berkenan merasmikan Sambutan Jubli Emas MADA Peringkat Negeri Perlis di kawasan sawah berdekatan Sekolah Kebangsaan (SK) Ujong Batu, Kangar, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) berjaya menurunkan kadar kemiskinan dalam kalangan peladang kepada bawah 1 peratus, dalam tempoh 50 tahun penubuhannya.

Pengurus Besar MADA, Datuk Fouzi Ali berkata, sebelum penubuhan MADA dianggarkan sebanyak 72 peratus petani berada di bawah paras kemiskinan, namun selepas 50 tahun dengan pelbagai program yang dijalankan, kadar kemiskinan dapat dikurangkan di bawah paras satu peratus.

“MADA berperanan penting mendorong, menggerak serta menyatukan keseluruhan peladang dalam masyarakat.

“Selain itu, MADA juga mencetuskan pembangunan pertanian, ekonomi dan sosial di mana akan sentiasa berlaku proses keperluan serta peluang-peluang baru,” ujarnya selepas perasmian Sambutan Jubli Emas MADA peringkat negeri ini yang diadakan di kawasan sawah berdekatan Sekolah Kebangsaan (SK), Ujong Batu semalam.

Bersempena majlis tersebut, turut diadakan program kayuhan berbasikal Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Peduli Menjejaki dan Menyantuni Asnaf kali ke-31 bagi tahun 2020.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalul­lail berkenaan menyertai kayuhan berkenaan.

Kayuhan sejauh 12 kilometer yang disertai oleh 50 orang peserta bermula dan berakhir di pekarangan Masjid Kampung Binjal, Utan Aji tersebut adalah bagi menziarahi dan menyampaikan sumbangan kepada tiga keluarga asnaf terpilih.

Sebelum mengakhiri program, Tuanku Syed Faizuddin turut berkenan menanam pokok ros The Prince di Aji Heritage Farm (AHF) di Utan Aji iaitu lokasi terakhir pada program kayuhan berbasikal khas itu.

AHF adalah satu lagi destinasi baharu agro pelancongan di Perlis. Ia adalah pusat jualan mempelam harumanis Perlis, Perlis Sunshine. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya