Hospital daif: Kabinet bincang peranan tiga kementerian - Utusan Malaysia

Hospital daif: Kabinet bincang peranan tiga kementerian

PINTU utama dewan bedah Hospital Kajang kelihatan usang dan masih beroperasi hingga kini. - FOTO/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Isu 46 hospital daif berusia lebih 50 tahun di seluruh negara dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet yang bersidang secara maya semalam.

Dalam mesyuarat itu, para anggota Kabinet turut dimaklumkan mengenai penubuhan jawatankuasa kerja membabitkan tiga kementerian iaitu Kementerian Kesihatan, Kementerian Kerja Raya serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Menurut sumber, mesyuarat turut membincangkan peranan yang akan dimainkan oleh ketiga-tiga kementerian berkenaan.

Ada dibincangkan. Setiap butiran perbincangan adalah seperti mana yang telah dinyatakan dalam laporan akhbar,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Laporan muka depan akhbar ini Rabu lalu mendedahkan sekurang-kurangnya 46 hospital berusia lebih 50 tahun daif dan ‘uzur’ yang berisiko jika berlaku kejadian tidak diingini terutama kebakaran.

Perkara itu turut disahkan dua bekas menteri, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad dan Datuk Seri Dr. S. Subramaniam serta mengakui isu itu mendapat perhatian mereka semasa menerajui Kementerian Kesihatan.

Difahamkan hospital terbabit yang menempatkan 30,000 katil pesakit memiliki sistem pendawaian elektrik berbahaya.

Susulan itu keesokannya (Khamis), Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof memaklumkan kepada media bahawa pihaknya telah menyegerakan penubuhan sebuah jawatankuasa kerja bagi memperbaiki kesemua 46 buah hospital daif berkenaan.

Jawatankuasa itu dianggotai tiga kementerian berkenaan dan telah bermesyuarat buat kali pertama.

Fadillah menjelaskan, pihaknya menerusi Jabatan Kerja Raya pula akan menyediakan bantuan teknikal dan setakat ini kajian telah dilakukan berhubung masalah itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN