120 bungkus air ketum dirampas - Utusan Malaysia

120 bungkus air ketum dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Polis merampas 120 bungkus air ketum  dalam serbuan di sebuah bangsal di Pantai Bersih di sini semalam.

Dalam operasi pukul 6 petang, seorang lelaki berusia 33 tahun disyaki peniaga air ketum ditahan di hadapan bangsal tersebut.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, siasatan mendapati air ketum sebanyak 30 liter dengan nilai RM600 untuk dijual di sekitar Pantai Bersih.

“Suspek negatif dadah dan dia direman  enam hari bermula hari ini bagi siasatan lanjut,” katanya di sini semalam. UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya