10 jam petugas media berteka-teki - Utusan Malaysia

10 jam petugas media berteka-teki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

KUALA LUMPUR: Hampir 10 jam menanti keputusan pertuduhan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung penyelewengan dana SRC International Sdn. Bhd. bernilai RM42 juta, selama tempoh itulah para petugas media ibarat bermain dengan teka-teki setiap kali pintu Mahkamah Tinggi Jenayah 3 dibuka mengharapkan beliau keluar untuk ditemu bual.

Bagaimanapun, ketika pintu dibuka, yang keluar hanya beberapa peguam, anggota keselamatan dan pegawai khas Najib yang keluar masuk dan bukannya Ahli Parlimen Pekan, Pahang itu.

Bermula dengan menyediakan peralatan liputan oleh para petugas media, berdiri dan menanti selama beberapa jam, kemudian duduk dan berdiri kembali, bergegas berlari dari sudut yang tidak kurang jauh ke hadapan bilik perbicaraan, namun jangkaan bahawa bekas Perdana Menteri itu keluar tersasar.

Malah ada petugas media yang kelihatan letih hingga terpaksa duduk di atas lantai, bersandar pada dinding sambil meletakkan peralatan seperti kamera dan beg begitu sahaja.

Ini kerana, sepanjang tempoh prosiding ke atas suami kepada Datin Seri Rosmah Mansor itu bukanlah sekejap kerana ia sudah melebihi tempoh waktu bekerja semua orang.

Setakat berita ini ditulis, Najib masih kekal di dalam bilik perbicaraan berpakaian serba formal dan bertali leher sejak jam 10 pagi tadi.

Beliau keluar dari bilik perbicaraan hanya sekali, itu pun semata-mata ke bilik air dan diiringi beberapa pegawai dan pasukan keselamatan.

Mahkamah Tinggi hari ini menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta bagi kesemua tujuh pertuduhan dan denda RM210 juta ke atas Najib.

Jika pembayaran membayar denda tersebut, hukuman penjara ke atas beliau boleh ditambah lima tahun lagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya