PRESTASI yang ditampilkan perseorangan lelaki No. 1 negara, Lee Zii Jia pada Kejohanan Badminton Terbuka Korea Selatan minggu lalu seolah-olah memberi gambaran bahawa dia sebenarnya mampu untuk berada dalam kelompok 10 pemain terbaik dunia. Zii Jia yang berada pada ranking ke-16 dunia, menampilkan aksi cemerlang pada kejohanan yang berlangsung di Incheon itu apabila menyingkirkan bekas juara dunia, Viktor Axelsen dari Denmark di pusingan kedua. Bagaimanapun, langkah pemain berusia 21 tahun itu tersekat di suku akhir apabila akur dengan kehebatan pemain No. 1 dunia dari Jepun, Kento Momota dengan 15-21, 19-21.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya