KUALA LUMPUR 3 Okt.- Polis menahan 11 ahli Geng Awe termasuk dua mekanik yang terlibat dalam kegiatan mencuri motosikal di sekitar Lembah Klang, Negeri Sembilan dan Kelantan. Kesemua lelaki berusia antara 24 hingga 34 tahun itu ditahan dalam serbuan berasingan pada 17 hingga 24 September lalu. Turut dirampas ialah sebanyak 24 motosikal pelbagai jenis; empat enjin motosikal; satu rangka motosikal Yamaha Y15ZR; peralatan curi motosikal dan peralatan membuat nombor casis serta nombor enjin yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM112,000. Pemeriksaan mendapati dua mekanik yang ditahan merupakan dalang kumpulan berkenaan yang mula…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya