MADRID 5 Okt. – Pengendali Sepanyol, Robert Moreno melihat kapten pasukannya, Sergio Ramos mampu beraksi hingga usia 40 tahun. Ramos, 33, beraksi secara konsisten dalam setiap permainan sejak melakukan penampilan pertama La Liga bersama Sevilla ketika berusia 17 tahun. Dia berhijrah ke Madrid pada 2005 dan mengesahkan status sebagai legenda pasukan, memenangi setiap kejuaraan yang dipertandingkan sambil turut berjaya di peringkat antarabangsa. Dia merupakan kunci utama skuad Sepanyol ketika bergelar juara Euro edisi 2008 dan 2012 serta Piala Dunia 2010. Ketika Gerard Pique mengumumkan persaraan di peringkat antarabangsa, Moreno melihat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya