PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 16 November depan sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) untuk kerusi Parlimen Tanjung Piai, Johor. Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun berkata, pihaknya juga menetapkan hari penamaan calon bagi PRK itu pada 2 November manakala hari pengundian awal pada 12 November depan. “Tempoh berkempen yang ditetapkan adalah selama 14 hari bermula pada hari penamaan calon sehingga pukul 11.59 malam, 15 November depan,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Khas PRK Parlimen Tanjung Piai di Menara SPR di sini hari ini.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya