KUALA LUMPUR 1 Okt.- Kementerian Pertahanan akan memindahkan pelaburan yang difikirkan tidak munasabah sebagai usaha memperbetulkan dan meningkatkan jumlah pendapatan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) pada masa depan. Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata, pihaknya akan mencari jalan atau tempat pelaburan baharu dengan tidak melibatkan unsur kepentingan seperti sebelum ini. “Dahulu pelabur ada kepentingan, dialah Ketua Pegawai Eksekutif LTAT, dan dia juga orang yang sama memegang saham besar syarikat. “Pelaburan berkenaan ada kepentingan dan atas sebab itu kita mahu memperbetulkan keadaan tersebut,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Sekalung Budi Media…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya