BANGI 1 Okt. – Proses pendaftaran syarikat penyedia perkhidmatan dalam talian dari luar negara dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia dibuka hari ini sebagai persediaan ke arah pelaksanaan cukai digital pada tahun depan, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ir. Amiruddin Hamzah. Beliau berkata Kementerian Kewangan yakin syarikat asing berkenaan akan memberikan kerjasama untuk mendaftar bagi menjaga reputasi masing-masing. “Ramai bertanya sama ada syarikat penyedia perkhidmatan dari luar negara secara sukarela akan mendaftar dengan kami dan membayar cukai ditetapkan. “Nama-nama besar tanpa perlu saya nyatakan di sini, ia merupakan publisiti buruk bagi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya