KAJANG – Seorang wanita warga emas mengalami kecederaan ringan selepas kereta yang dipandu adiknya terbabas sebelum merempuh masuk ke dalam sebuah kedai gambar di Jalan Sungai Chua dekat sini hari ini. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof berkata, kejadian kira-kira 10.30 pagi itu dipercayai berlaku ketika adik mangsa dari pasar di sekitar Sungai Chua sedang menghala ke deretan kedai tersebut. “Setibanya di hadapan kedai gambar tersebut, pemandu kereta berkenaan ingin memasuki kawasan parkir sebelum meminta kakaknya turun terlebih dahulu untuk masuk ke kedai. “Bagaimanapun, pemandu berkenaan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya