DUNGUN – Hasrat seorang pemandu jentera berat untuk menyambut anak ketiga tidak kesampaian apabila dia maut dalam kemalangan di Kilometer 68, Jalan Jerangau – Jabor berhampiran Kampung Dendang dekat sini semalam. Dalam kejadian pada pukul 6.05 petang itu, mangsa, Zulkefli Othman, 33, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala. Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, sewaktu kejadian, Zulkefli dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Pancur, Jerangau dekat sini dari tempat kerjanya yang merupakan sebuah pusat pengumpulan buah kelapa sawit di Bukit Besi dekat sini.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya