BIARPUN pihak berwajib seperti polis berjaya mematahkan beberapa sindiket penipuan dikenali Macau Scam saban tahun, tetapi kegiatan jenayah tersebut masih berlaku dan menghantui masyarakat negara ini. Kegiatan penipuan terancang seperti itu seringkali menukar modus operandi mereka bagi mengelak daripada dihidu pihak berkuasa dan seterusnya melemahkan aktiviti mereka. Seperti yang sedia maklum, sindiket sebegini akan menghubungi mangsa dengan membuat cerita seolah-olah mereka terbabit dalam kes jenayah seperti penggubahan wang haram, langgar lari dan hutang kad kredit. Mereka kemudian meminta mangsa memindahkan sejumlah wang ke dalam akaun bank mereka bagi menyelesaikan kes…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya